Kehidupan awal Nina Nadira

Beliau dilahirkan pada 5 Julai 1992 di Shah Alam, Selangor. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam (1999 - 2004), seterusnya di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya (2005 – 2009). Selepas tamat SPM, Nina kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana 2010 - 2012, di mana beliau merupakan pemegeng Diploma Teater.

Nina menyambung ijazah Seni Kreatif (Drama), Universiti Deakin Melbourne, Kampus Burwood. Pengajian Nina di Deakin University Melbourne, terpaksa ditangguhkan untuk memberi laluan kepada penyertaannya dalam AF2014. Selepas Af2014 tamat bersiaran, Nina terikat dengan kontrak bersama Astro. Jadual kerjaya yang begitu padat dibawah pengurusan Astro, telah menyebabkan Nina terpaksa menangguhkan pelajaran buat sementara waktu. Namun pada Julai 2016, Nina telah mengambil keputusan untuk menyempurnakan baki semesternya yang telah ditinggalkan selama 2 tahun.